{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Selamat Hari Cikgu!

Posted by Rull on 17/05/2009

Seperti biasa setiap petang Ahad diadakan perhimpunan sekolah bagi sesi pembelajaran petang. Seorang kanak-kanak yang comel kelihatan sibuk beratur dan bersembang ketika pada awal persiapan perhimpunan. Di sebalik kekalutan itu, tiba-tiba terkeluar suara seumpama petir di langit, “Hah, awak dua orang! Naik atas pentas sekarang!”. Budak yang comel tu terkejut bila diri dan kawannya dipanggil naik ke pentas.

Dengan berat hati, si comel itu naik ke pentas dengan tangisan teresak-esak kerana tidak pasti apa dosanya sehingga dihukum sebegitu. Maka, sepanjang satu jam itulah, si comel itu bersama rakannya berdiri di atas pentas bersama rakannya. Merah padam muka dia kerana diperhatikan oleh berpuluh-puluh pelajar yang lain. Kebetulan pula, pada ketika itu, mak si comel itu yang mengajar di sekolah yang sama menjadi pengerusi majlis pada petang berbahagia itu.

Cikgu oh Cikgu! Aku terima hakikat aku dimalukan cikgu. Biarlah pada aku, aku tidak bersalah kerana cikgu terlepas pandang tentang apa sebenarnya berlaku. Aku maafkan cikgu. Jika hendak dibandingkan kejadian itu, dengan ilmu-ilmu yang telah cikgu curahkan, ternyata bak langit dengan bumi. Jika Cikgu sudah tiada, aku doakan semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang beriman. Semoga ilmu-ilmu yang cikgu curahkan kepada kami, anak muridmu, terus berangkai menjadi balasan di atas jasa-jasa Cikgu. Terima kasih cikgu-cikguku! SELAMAT HARI GURU!

2 Responses to “Selamat Hari Cikgu!”

  1. Tipah said

    Salam, kesian nyer kat budak tu kan Rull.
    aku pun ada cerita sedey ngan cikgu sains aku masa sekolah..
    ceritanya begini, masa aku sekolah aku ada kawan yang comel gak la, rajin and semua cikgu suka,
    Suatu masa tu ada seorang cikgu baru ambik kelas kami dan kebetulan first test dgn cikgu ni dia dapat highest (sedangkan selalunya aku skor, hehe). so, cikgu ni janji sesiapa yang dapat highest untuk exam depan, dia nak kasi hadiah.. nak dijadikan cerita, next exam aku the best.. malangnya aku tak dapat sebab cikgu ni lupa dia berjanji akan kasik hadiah pada orang yang dapat highest exam. Dia kasi kat budak tu…
    kawan2 aku pun pelik kenapa aku tak dapat, sebab semua orang masih ingat janji tu.. yelah, masing2 usaha untuk hadiah tersebut,. hehe.. itulah, walau pun murah sahaja hadiah dia (a cute chest set) tapi telah mengguris sedikit perasaan aku. huhu..

    ape-ape pun, aku tak marah cikgu tu sebab dia cikgu aku dan all my teachers r d best teachers.
    Now, aku dah jadi cikgu. aku sentiasa cuba berlaku seadil mungkin supaya murid2 aku tak merasa apa yang aku rasa.

    • Rull said

      Hehe…macam kisah kan Cikgu Tipah? Terima kasih kepada semua guru yang bersusah payah mendidik kita semua. Bila dah dewasa ni, semuanya menjadi kenangan yang sangat manis. Semoga Cikgu Tipah terus dapat mendidik pelajar dengan penuh hikmah. Kdg2 masa kita kecik, kita tak tahu kenapa kita dihukum, tapi bila dah besar, barulah faham kenapa semua itu terjadi. Ada pengajaran di sebaliknya dan membuatkan kita lebih faham tentang kehidupan.

Leave a comment