{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for May 12th, 2009

Selamat Hari Ibu!

Posted by Rull on 12/05/2009

Walaupun terlambat 2 hari, aku tetap ingin ucapkan Selamat Hari Ibu! Kasih ibu tak ternilai dengan wang ringgit. Sampai mati belum tentu dapat dibayar. Cuma kadang-kadang, aku mengharapkan agar keegoaan ibu dapat dikurangkan dan lebih memahami anak-anak. Susah jadi anak bila ibu ego tak bertempat. Jauhilah aku dari menjadi anak derhaka. Nauzubillahiminza-likk…

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »

Insaflah wahai peragut!

Posted by Rull on 12/05/2009

Berita 2, 3 hari ni asyik bercerita tentang peragut. Bukan hanya kehilangan harta, malah ada juga mangsa yang kehilangan nyawa. Ke mana perginya perikemanusiaan? Ada anak-anak yang hilang ibu sekelip mata, hilang tempat bergantung, hilang kasih sayang. Sayu rasanya mengenangkan nasib mereka.

Kalau ditanya apa hukuman paling sesuai untuk manusia setan bergelar peragut ni, sudah tentu aku akan jawab ROTAN!!! Bukan setakat rotan, tetapi rotan di khalayak ramai. Dedah bontot mereka di depan orang ramai & rotan sampai berbirat bontot tu. Biar peragut & mat rempit ambil iktibar. Kalau cara halus tak berkesan, cara kasar inilah yang paling berkesan. Untuk manusia berhati kering seperti ini, bentuk hukuman seperti ini yang paling layak buat mereka.
Jika dikaji, hukum hudud paling layak dilaksanakan pada masa sekarang. Polis pun tak perlu penat-penat kerja bila kadar jenayah dah turun. Mmm…tapi aku dengar juga, kerajaan Malaysia ni baik gila bukan macam kerajaan Singapura yang tak pernah bagi peluang rakyatnya lakukan kesalahan. Kalau Malaysia tegas, penjenayah pun takut nak buat jenayah. Ini bukan kata ketua gangster yang tak takut polis, Kutu Rempit pun boleh acah-acah polis kat jalan raya. Apa cer semua ni!!!

Posted in Isu Semasa | Leave a Comment »