{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for May 14th, 2009

Harap Maaf

Posted by Rull on 14/05/2009

“Kami memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan Streamyx di beberapa tempat disebabkan virus Conficker”. Begitulah bunyi suara dalam mesin bila aku dial 100 untuk helpline Streamyx. Mengikut apa yang aku belajar, kurang tepat disebut virus kerana Conficker tu tak payah klik .exe pun dia boleh tersebar. Lebih tepat lagi disebut worm.

Buat pengetahuan semua, dah berpuluh kali aku dial 100 untuk laporkan kerosakan tetapi sekali haram pun tak dapat cakap dengan pegawai streamyx. Sibuk je memanjang. Dahla angkat telefon pun mesin yang tolong angkat, nak respon kepada aduan pun “pah malam tumbah nok bulih ke angkat”. Sedikit bengang di sanubari aku. RM88 sebulan kalau lambat bayar cepat je dia terminate service, tapi bila nak buat aduan, fuhh berjanggut tunggu. Streamyx²…nasib baik aku tak ada alternatif lain, kalau tak dah lama aku stop.

Berbalik kepada worm conficker, aku dengan perasaan ingin tahu, teruslah search kat Google. Cam biasala, Tokki Wi yang jawab. Terima kasih Tokki. Mengikut Tokki, Conficker ni serang pengguna windows.  Conficker ni power sebab dia gunakan variasi teknik-teknik malware yang termaju buat masa sekarang ni. Setakat mana maju tu, aku rasa aku boleh buat research lagi ni. Conficker banyak nama lain. Kalau manusia guna alias e.g. Ali @ Ally. So, orang boleh kenal ikut mana-mana nama. Dalam kes conficker, nama alias dia adalah mengikut jenis antivirus. Contohnya (aku copy paste dari Tokki Wi):

Bila diteliti satu persatu, aku perasan sesuatu… “Net-Worm.Win32.Kido.bt”. Macam pernah kudengar nama ini. Tapi di mana ya??? Bila aku cucuk thumbdrive aku, kaspersky selalu kuarkan warning pasal worm ni walaupun dah clean berkali². Sah, PC & thumb-drive aku dah kena infeksi. Lebih-lebih lagi aku tak dapat buka website² antivirus.

Conficker ni banyak apply encryption yang advanced termasuk public key encryption. Jadi memang susah nak merungkai aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh Conficker ni. Kalau dapat trace pun last-last tak boleh baca data-data yang dia tulis. Network pula akan congest bila Conficker buat Http Pull dengan cara memuat turun data setiap hari dari domain-domain yang ada di seluruh dunia secara rawak. Mengikut Tokki, 500 hingga 50000 domain dengan kata lain website la.

Setakat 7 April 2009, Connficker dah membentuk 5 variasi (anak-pinak) yang semakin lama semakin memusnahkan. Kalau ikut Islam, semakin besarlah dosa orang yang buat kemusnahan ni. “Tahniahla” buat dia.

Microsoft tawarkan USD$250,000. 00 kepada sesiapa yang dapat bagi maklumat sehingga tertangkapnya dajal conficker ni. So, apa lagi rakyat Malaysia??? USD$250,000. 00 x 3.58 = RM895,000.00. Pakcik kayo!!!

Nak cari remover? Klik Sini. Aku try yang Single PC Removal Tool tapi tak berjaya. Mungkin sebab PC aku ada dalam LAN. So, aku try guna yang Network Removal Tool. Success.

Posted in Isu Semasa | Leave a Comment »

Terimalah Hakikat!

Posted by Rull on 14/05/2009

Terimalah hakikat yang aku seorang kuli. Bila disebut kuli sudah tentu aku perlu:

  1. Buat apa sahaja yang disuruh.
  2. Bekerja bersungguh-sungguh walaupun aku tahu ganjarannya tetap sama.
  3. Buat muka tebal bila kena maki.
  4. Teruskan dengan kerja yang dibuat walaupun nampak orang lain tak berapa nak sokong.
  5. Redha walaupun boss tak hargai apa yang aku buat.
  6. Bertenang walaupun aku diberi kerja yang aku rasa bukan aku yang patut buat.
  7. Buat bodoh dengan apa orang kata.
  8. Fokus kepada kerja aku yang hakiki.
  9. Berani berkata TIDAK kepada kerja-kerja yang memang aku tak boleh buat.
  10. Jadi orang yang tak mudah kesian kepada orang lain sebab orang lain pun bukan kesian sangat kat aku.
  11. Tulis dalam blog apa yang aku tak puas hati biar puas hati aku!!!

Posted in Harian, Kerjaya | Leave a Comment »