{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for the ‘Harian’ Category

Aku menyesal kahwin…

Posted by Rull on 05/04/2010

Secara jujurnya, aku mengaku aku menyesal kahwin. Aku nshtkan mereka d luar sana bkahwin stelah sgala cita2 tcapai. Wpun sdh msk tahun ke 2, hdp aku msh sperti org bujang. Mnangis seorg, bgembira 2 org. Iyalah, saat bduka aku tak mahu org tahu. Kalau bakal istri anda ingin smbg blaja, pastikn dia smbg blaja dahulu, kmudian kahwin. Kalau tidak, anda dan psgn akan merana. Percayalah. Bkn itu shj, sgala prancangan anda akan tbantut dan anda akan tua dahulu sblm cita2 anda tcapai. Atau mungkin anda mati dahulu. Jika anda seorang wanita, korbankanlah cita2 demi seorg suami. Jika tak sanggup, awal2 lg jgn beri pstujuan utk bkahwin kpd suami.

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »

Aku ingin mati…

Posted by Rull on 04/04/2010

Sudah lama aku inginkan kematian. Bukan kerana aku berputus asa atau hadapi kemurungan tetapi keinginan itu lahir ketika aku waras dan dipenuhi ketenangan. Semasa kecil, bila ditanya, “Mung takut mati?”, aku berani menjawab, “Dok takut langsung!”. Tapi jika di usia ini aku ditanya soalan sebegitu, inilah jawapan aku. “Ya, aku takut mati!”.

Di usia yang hampir mencecah 30-an, aku berasakan terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Dosa sesama manusia, dosa dengan Allah dan dosa terhadap diri sendiri. Dosaku terlalu banyak. Masakan aku tidak takut jika nyawaku ditarik ketika ini.

Aku pernah alami ketakutkan yang amat sangat ketika kereta yang aku naiki bersama rakan-rakan terbabas di lebuhraya Karak . Ketika itu, hanya ucapan Allahuakbar sahaja aku mampu laungkan. Aku mengigil. Mengigil terbayangkan saat kematian yang mungkin tiba ketika itu. Kesudahannya, aku terselamat dan diberi Allah peluang kedua.

Ketika tidur pada suatu ketika, nafasku menjadi tidak lepas atau dengan kata lain, aku gagal menyedut udara dengan baik, ketika itu juga aku hampir menangis kerana berasakan aku akan pergi selamanya. Aku belum bersedia ya Allah, janganlah Engkau tarik nyawaku ini.

Itu hanya dua kisah aku berkaitan dengan kematian. Tapi insafkah aku selepas berlaku dua peristiwa tersebut?? TIDAK, AKU TIDAK INSAF, AKU MASIH DEGILL. AKU MASIH EGO. AKU MASIH RASAKAN UMUR AKU PANJANG!!!

Ya Allah, sesungguhnya aku takut untuk menghadapi saat kematian yang Engkau rencanakan kepadaku. Aku tahu, saat itu sangat menyakitkan dan aku redha sebagai hambaMu untuk hadapi saat-saat itu. Namun begitu, berikanlah cahaya dan keimanan yang utuh di dalam diriku ini. Berikanlah aku kesudahan yang baik. Aku tahu aku banyak dosa, namun berikanlahku peluang untuk menjadi hambaMu yang beriman. Berikanlah aku peluang untuk aku menjadi ahli syurga. Ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar di saat aku ditinggalkan kesepian oleh orang-orang di sekelilingku. Amin ya rabbal Alaminn…

Aku pada satu ketika nanti...

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »

Mimpi

Posted by Rull on 19/02/2010

Petang tadi aku tidur. Aku mimpi masuk bilik study arwah walid. Nampak buku, cermin mata, alat tulis. Rasa sayu & sedih. Al-Fatihah buat walid.

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »

Lebih baik diam…

Posted by Rull on 14/02/2010

Ada kalanya pendapat kita berlawanan dengan pendapat orang lain. Itu tidak mengapa lagi, tetapi yang menyakitkan hati adalah apabila pendapat kita seakan-akan sentiasa berlawanan dengan pendapat pihak satu lagi. Mungkin pihak satu lagi sengaja nak menyakitkan hati kita, wallahua’lam.

Daripada dulu lagi aku lebih gemar diam daripada berkata-kata. Puncanya satu, aku berpendapat lebih baik diam daripada akhirnya hati sendiri yang sakit. Biarlah orang tengok aku kurang mesra atau tak pandai mengambil hati. Aku bukan seorang yang reti berlakon atau pandai membodek orang lain. Aku adalah aku dan selamanya tidak akan sama dengan orang lain.

Hidup aku memang tidak sentiasa gembira sebagaimana orang lain. Lagipun, aku tidak suka gembira sangat kerana gembira itu hanya sementara. Kebiasaannya yang sedih itu lebih lama melekat di diri. Cukuplah diri aku stabil daripada segi emosi, tidak terlalu gembira dan tidak terlalu sedih. Terlalu gembira akan buat aku hilang fokus dan terlalu sedih akan buat aku hilang motivasi.

Diam dan dianggap sombong lebih baik daripada bising yang penuh dengan lakonan. Aku perlu jadi diri sendiri dan aku percaya, orang yang menjadi dirinya sendiri sahaja yang boleh berjaya. wallahua’lam…

Posted in Harian | Leave a Comment »

I promise myself…

Posted by Rull on 21/01/2010

  1. To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.
  2. To give so much time to improving myself that I have no time to criticize  others.
  3. To be strong that nothing can disturb my peace of mind.

  4. To look at the sunny side of everything and make my optimism come true.
  5. To think only of the best, to work only for the best and to expect only the best.

Posted in Harian, Peribadi | Tagged: , , , | 2 Comments »

Selamat Tinggal 2009 … Selamat Datang 2010

Posted by Rull on 31/12/2009

Hari ini adalah catatan terakhir aku di dalam blog ini bagi Tahun 2009. Berbalik kepada tujuan asal blog ini, blog ini diwujudkan semata-mata untuk meluahkan pendapat dan berkongsi bersama mereka yang sudi. Blog ini tidak berminat untuk menyebar fitnah dan memecahkan apa yang sudah terbelah. Andaikata blog ini mampu bertahan sehingga beratus tahun, aku harap generasi akan datang tahu apa yang berlaku sekarang dan ambil pengajaran berguna. Biar mereka lihat bagaimana masyarakat  menjadi buta kerana politik. Kebenaran semakin susah dibezakan dengan kebatilan lantaran mereka yang mendakwa pejuang kebenaran juga gagal membuang kebatilan dalam diri mereka terlebih dahulu. Menyuruh orang berbudi bahasa tetapi diri sendiri yang sanggup gunakan kata-kata nista memburukkan orang lain. Lebih malang apabila mereka berhujah dengan agama, kononnya untuk tegakkan Islam walhal Islam dalam diri hanyalah senipis membran. Aku jamin Islam tidak akan bangkit selagi ia dipimpin makhluk talam dua muka. Begitu juga dengan si Jahil yang sudah tahu dirinya jahil tetapi enggan mengaku kejahilannya dan menerima kebenaran.

Insan yang kerdil seperti aku tidak ada apa yang boleh disumbangkan melainkan menjaga diri sendiri, keluarga dan saudara terdekat. Semoga dipelihara daripada kesesatan dan kekeliruan yang ada. InsyaAllah, tahun 2010 aku akan tumpukan kepada perkara-perkara yang aku mahu lebih daripada perkara yang aku tidak mahu. Kalau benci dadah, jangan dibuat kempen anti-dadah tapi buatlah kempen cara hidup sihat. Begitulah perumpamaannya. Cukuplah dengan benda-benda negatif yang ada di sekeliling ini, jangan ditambah lagi. Moga tahun 2010 penuh dengan pemikiran positif dan penuh dengan pencapaian gemilang. Aminn…

Posted in Harian, Peribadi | Tagged: , , , | 1 Comment »

Take a nap. Set your alarm clock!

Posted by Rull on 16/08/2009

How to take a nap? Read this.

Then, set your clock here.

Happy napping!

Posted in Harian, Kerjaya | Tagged: , , , , , , , , , | Leave a Comment »

1000 hits…Akhirnya

Posted by Rull on 12/08/2009

famzwordpress

Orang lain target 1,000,000 hits. Aku dapat 1000 hits pun dah suka sangat dah. 😀

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »

Definisi Kejayaan

Posted by Rull on 12/07/2009

Kejayaan mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap orang. Yang paling popular tentang kejayaan ialah apabila seseorang berjaya untuk bergelar sebagai orang kaya atau jutawan. Jika ini menjadi tanda aras bagi kejayaan, nampaknya di dalam masyarakat kita, pasti ramai orang gagal daripada yang berjaya. Tambahan pula bagi golongan sederhana daripada segi harta, adalah tidak munasabah untuk meletakkan mereka sebagai orang yang tidak mencapai apa-apa lantaran mereka tidak berada di dalam kelompok kaya atau miskin.

Baru-baru ini di dalam rancangan ‘Apa ke halnya’ di TV9 ada dibincangkan tentang definisi kejayaan. Rancangan ini dihoskan oleh Mr. Os & Shamsul Ghau Ghau. Pandangan tentang kejayaan yang diberikan oleh tetamu jemputan, Farah Adeeba (peguam & pengacara TV9) sangat bernas apabila beliau mendefinisikan kejayaan dalam skop yang luas. Beliau menyatakan kejayaan tidak sepatutnya diukur daripada segi harta atau sijil akademik semata-mata, tetapi kejayaan juga boleh diukur berdasarkan kepada kemampuan seseorang memperbaiki dan memajukan diri.

Suatu ketika dahulu, aku pernah berbual dengan seorang Professor yang pernah berada di UK dalam satu jangkasamasa yang agak lama. Beliau menyatakan sistem persekolahan di sana lebih mementingkan pencapaian peribadi pelajar berbanding pencapaian secara keseluruhannya. Misalnya, seseorang pelajar yang cemerlang bagi 5 subjek di dalam kelas, akan diberikan 5 sijil pencapaian cemerlang. Jika hanya cemerlang dalam 1 subjek, maka 1 sahajalah sijil yang mereka dapat. Pelajar tidak diletakkan mengikut ranking² tertentu sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dengan demikian, para pelajar tidak akan berasa tertekan untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Mereka akan menjadikan diri mereka sendiri sebagai saingan sebenar dan bukannya orang lain. Inilah realiti kehidupan, kita bersaing dengan nafsu di dalam diri sendiri. Sekiranya kita berjaya menyaingi nafsu malas berusaha, sudah tentu kita pun akan berjaya sebagaimana orang lain. Menjadikan orang lain sebagai saingan, hanya menebalkan sifat hasad dengki di dalam diri. Nauzubillahiminzaalik…

Bagi seorang hamba Allah, definisi kejayaan sangatlah luas sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah Al-Mu’minun (Surah ke 23):

  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, –
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  7. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
  8. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  9. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi –
  10. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Terjemahan dipetik daripada http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

MasyaAllah, tidak ada satu pun ayat yang menyatakan, duit paling banyak atau sijil akademik paling tinggi yang melayakkan seseorang bergelar insan berjaya. Cukuplah dengan apa yang dinyatakan di dalam ayat² di atas. Bila direnungkan kembali, sememangnya aku belum layak digelar insan yang berjaya. Masih banyak yang perlu diperbaiki baik dari segi urusan duniawi mahupun ukrawi. Dan begitu juga pandangan aku sebelum ini yang melihat harta sebagai ukuran kejayaan ternyata tidak boleh diterimapakai sama sekali. Sasaran kononnya untuk meletakkan nama di dalam senarai terkaya Majalah Forbes ternyata tidak mempunyai apa² nilai dari sudut pandangan Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermaksud orang Islam tidak perlu mengejar kekayaan tetapi biarlah ia berpada-pada dan bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk semata-mata. Tidak perlulah berlagak dengan kereta mewah, bila pandu, tingkap dibuka dan hembus asap rokok keluar. Terserlah keegoan di wajah yang sombong itu. Wallahua’lam…

Posted in Harian, Peribadi | Tagged: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Bila aku down…

Posted by Rull on 26/05/2009

Bila aku down, aku perlu:

  1. Maafkan diri aku sendiri.
  2. Sedar bahawa diriku ada kelemahan.
  3. Jangan anggap orang lain hebat. Lagipun orang yang hebat dek kerana ego biasanya dia tak hebat! Dia pengecut!
  4. Teruskan usaha.
  5. Yakin dengan diri sendiri.
  6. Hormati orang lain walaupun orang lain berlagak hebat dengan aku.
  7. Maafkan diri aku sendiri.
  8. Maafkan diri aku sendiri.
  9. Maafkan diri aku sendiri.
  10. Maafkan diri aku sendiri.
  11. Maafkan diri aku sendiri.

Posted in Harian, Peribadi | Leave a Comment »