{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘positif’

Selamat Tinggal 2009 … Selamat Datang 2010

Posted by Rull on 31/12/2009

Hari ini adalah catatan terakhir aku di dalam blog ini bagi Tahun 2009. Berbalik kepada tujuan asal blog ini, blog ini diwujudkan semata-mata untuk meluahkan pendapat dan berkongsi bersama mereka yang sudi. Blog ini tidak berminat untuk menyebar fitnah dan memecahkan apa yang sudah terbelah. Andaikata blog ini mampu bertahan sehingga beratus tahun, aku harap generasi akan datang tahu apa yang berlaku sekarang dan ambil pengajaran berguna. Biar mereka lihat bagaimana masyarakat  menjadi buta kerana politik. Kebenaran semakin susah dibezakan dengan kebatilan lantaran mereka yang mendakwa pejuang kebenaran juga gagal membuang kebatilan dalam diri mereka terlebih dahulu. Menyuruh orang berbudi bahasa tetapi diri sendiri yang sanggup gunakan kata-kata nista memburukkan orang lain. Lebih malang apabila mereka berhujah dengan agama, kononnya untuk tegakkan Islam walhal Islam dalam diri hanyalah senipis membran. Aku jamin Islam tidak akan bangkit selagi ia dipimpin makhluk talam dua muka. Begitu juga dengan si Jahil yang sudah tahu dirinya jahil tetapi enggan mengaku kejahilannya dan menerima kebenaran.

Insan yang kerdil seperti aku tidak ada apa yang boleh disumbangkan melainkan menjaga diri sendiri, keluarga dan saudara terdekat. Semoga dipelihara daripada kesesatan dan kekeliruan yang ada. InsyaAllah, tahun 2010 aku akan tumpukan kepada perkara-perkara yang aku mahu lebih daripada perkara yang aku tidak mahu. Kalau benci dadah, jangan dibuat kempen anti-dadah tapi buatlah kempen cara hidup sihat. Begitulah perumpamaannya. Cukuplah dengan benda-benda negatif yang ada di sekeliling ini, jangan ditambah lagi. Moga tahun 2010 penuh dengan pemikiran positif dan penuh dengan pencapaian gemilang. Aminn…

Posted in Harian, Peribadi | Tagged: , , , | 1 Comment »