Mereka berkata…
- Hah, kan aku dah kata. Bangunan tu dulu JKR tak bagi buat, tapi buat juga. Degil!
- Ni mesti sebab projek tak berkat ni. Rasuah banyak ni!
- Bala lah tu. Padan muka Datuk *tut*. Dia lah punya pasal. Habis duit rakyat!
- Ni berkat doa orang miskin yang teraniaya ni. Sendiri mau ingatla!
- Bumbung tu aku rasa tak kuat langsung. Aku agak dah mesti runtuh punya! (Orang berkata ni bukannya arkitek pun atau ada pengetahuan tentang bangunan)
- Itula, orang lain ada stadium besar, dia pun nak stadium besar! Padahal rakyat ramai lagi yang miskin!
- Tengokla projek kontraktor Melayu! Mesti takde kualiti punye! Kalau bagi kat bangsa mata sepet tu mesti tak jadi macam ni!
Tapi aku kata…
- Masa sebelum runtuh dulu takde bising plak pasal JKR tak lulus!
- Berkat tak berkat urusan ALLAH s.w.t. Aku sebagai hamba tak mampu nak nilai keberkatan kerja yang orang lain buat. Itu semua atas keimanan masing-masing.
- Bala pun atas urusan ALLAH. Dalam Al-Quran memang ada cerita pasal bangsa yang lupa perintah ALLAH, kemudian ALLAH binasakan tamadun tu. Tapi aku tertanya juga. Boleh ke aku kata orang tu kena timpa bala atas kejahatan dia walhal ALLAH lebih Maha Mengetahui???
- Berkat doa orang teraniaya? Mungkin juga. Wallahua’lam
- Cakap lebat biasalah. Sembang lebih. Ramai orang macam ni di sekeliling aku. Harap aku tak jadi macam tu walaupun kadang-kadang aku terikut. Nauzubillah…
- Negara yang takde stadium besar pun boleh masuk world cup.
- Ini komen dari orang yang termakan dakyah penjajah. Bagi aku, orang yg kutuk bangsa sendiri ni sebenarnya orang yg suka calit tahi, palit kat muka sendiri. Pada aku bangsa kita bagus, cuma kurangnya tarbiyah dan amalan Islam menjadikan bangsa aku semakin leka dengan duniawi. Makan rasuah, tikam belakang, pecah amanah, kerja tak tak berkualiti semuanya ini bukan mengikut bangsa. Lagipun, semua manusia ini sama, melainkan dengan iman & taqwa yang mampu membezakan antara baik & tak baik. wallahua’lam