{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘iman’

Video berkenaan Stormreaders

Posted by Rull on 20/01/2010

saksikan…

Posted in Agama | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Bersama Mengembangkan Syiar Islam

Posted by Rull on 19/01/2010

Islam takkan berkembang tanpa ilmu. Ayuhlah sama-sama kita perkembangan Islam dengan mengisi ilmu penuh di dada. Kita umat yang hebat, maka serlahkanlah kehebatan kita. Tidak ada istilah terlambat untuk kita. Semua manusia sama sahaja, yang berbeza hanya iman dan taqwa. Jika anda tiada masa untuk ke kedai membeli buku-buku agama, jangan risau kerana sekarang sudah ada alternatif yang bagi saya sangat memudahkan.  Diperkenalkan oleh seorang teman, saya mengenali Stormreaders lebih kurang sebulan yang lalu. Stormreaders menawarkan perkhidmatan pembelian buku secara atas talian. Anda boleh melihat katalog-katalog buku siap dengan preview kandungan yang ada di dalamnya. Stormreaders adalah anak syarikat kepada syarikat Telaga Biru yang banyak menerbitkan bahan bacaan untuk umat Islam. Penulis-penulis yang layak dipanggil ilmuwan kontemporari seperti Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, Dato’ Ismail Kamus, Dr. Aidh al-Qarni ,Ust Zahazan, Ust Zaharuddin, Ustzh Siti Norbayah, Irfan Khairi, HM Tuah dan ramai lagi menyumbangkan hasil karya mereka yang tidak lain bertujuan meningkatkan pengetahuan umat Islam.

Pembelian buku-buku agama ini dapat menolong kita mendidik diri sendiri, isteri, keluarga dan akhirnya masyarakat. Tidak ada istilah ‘aku tidak layak’ di dalam Islam kerana Islam itu milik semua. Kita sendiri yang menentukan sama ada hendak ke syurga atau ke neraka. Daripada jahil kita menjadi berilmu, daripada tidak tahu kita menjadi tahu. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ilmiah bagi menjawab soalan-soalan yang penuh di kepala, saya cadangkan anda untuk layari http://www.stormreaders.net/fakhrul_adli . Anda akan dapati pelbagai jenis buku yang menarik untuk dibaca dan juga bahan-bahan seperti cd dan vcd. Anda cuma perlu pilih, daftar dan buat pembayaran. Bahan-bahan yang anda beli akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Gaya hidup anda yang sibuk tidak lagi menjadi penghalang untuk anda dapatkan buku-buku agama. Ingatlah, kalau tidak berubah sekarang, bila lagi? Bertindak sekarang.

Nota: Sekiranya anda ingin menjadi ahli stormreaders dan memiliki e-store sebagaimana yang saya ada, sila email saya di famoza81@hotmail.com.  Dengan hanya RM90 sebagai yuran, anda boleh memulakan perniagaan sendiri dan miliki takaful bernilai RM20,000 dan khairat kematian atau elaun hospital (wad) bernilai RM3000. Di dalam email nanti , saya akan terangkan langkah-langkahnya untuk mendaftar. Di samping anda membeli buku untuk keperluan sendiri, keluarga, rakan-rakan dsb., anda juga dapat menjalankan perniagaan yang merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wallahua’lam…

Posted in Agama | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Pabila stadium runtuh…

Posted by Rull on 07/06/2009

Mereka berkata…

  1. Hah, kan aku dah kata. Bangunan tu dulu JKR tak bagi buat, tapi buat juga. Degil!
  2. Ni mesti sebab projek tak berkat ni. Rasuah banyak ni!
  3. Bala lah tu. Padan muka Datuk *tut*. Dia lah punya pasal. Habis duit rakyat!
  4. Ni berkat doa orang miskin yang teraniaya ni. Sendiri mau ingatla!
  5. Bumbung tu aku rasa tak kuat langsung. Aku agak dah mesti runtuh punya! (Orang berkata ni bukannya arkitek pun atau ada pengetahuan tentang bangunan)
  6. Itula, orang lain ada stadium besar, dia pun nak stadium besar! Padahal rakyat ramai lagi yang miskin!
  7. Tengokla projek kontraktor Melayu! Mesti takde kualiti punye! Kalau bagi kat bangsa mata sepet tu mesti tak jadi macam ni!

Tapi aku kata…

  1. Masa sebelum runtuh dulu takde bising plak pasal JKR tak lulus!
  2. Berkat tak berkat urusan ALLAH s.w.t. Aku sebagai hamba tak mampu nak nilai keberkatan kerja yang orang lain buat. Itu semua atas keimanan masing-masing.
  3. Bala pun atas urusan ALLAH. Dalam Al-Quran memang ada cerita pasal bangsa yang lupa perintah ALLAH, kemudian ALLAH binasakan tamadun tu. Tapi aku tertanya juga. Boleh ke aku kata orang tu kena timpa bala atas kejahatan dia walhal ALLAH lebih Maha Mengetahui???
  4. Berkat doa orang teraniaya? Mungkin juga. Wallahua’lam
  5. Cakap lebat biasalah. Sembang lebih. Ramai orang macam ni di sekeliling aku. Harap aku tak jadi macam tu walaupun kadang-kadang aku terikut. Nauzubillah…
  6. Negara yang takde stadium besar pun boleh masuk world cup.
  7. Ini komen dari orang yang termakan dakyah penjajah. Bagi aku, orang yg kutuk bangsa sendiri ni sebenarnya orang yg suka calit tahi, palit kat muka sendiri. Pada aku bangsa kita bagus, cuma kurangnya tarbiyah dan amalan Islam menjadikan bangsa aku semakin leka dengan duniawi. Makan rasuah, tikam belakang, pecah amanah, kerja tak tak berkualiti semuanya ini bukan mengikut bangsa. Lagipun, semua manusia ini sama, melainkan dengan iman & taqwa yang mampu membezakan antara baik & tak baik. wallahua’lam

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »