{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘teksi’

Kisah Ron95

Posted by Rull on 01/09/2009

Baru 2 hari lepas aku gembira mengisi minyak Ron95 yang harganya RM1.75 seliter. Tup² hari ni harga dia dah jadi RM1.80. Sama macam harga RON97 yang aku gunakan sebelum ini. Ron97 pula hari ini naik kepada 2.05, naik 25 sen. Mengikut Berita Harian 1/9/2009, minyak RON95 ini diperkenalkan 12 Mei lalu tetapi kenapa minyak RON95 baru ada kat tempat aku dalam minggu lepas??? Walhal negeri aku tersenarai dalam negeri² pengeluar minyak. Apa agaknya muslihat kenaikan minyak kali ini.

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara akan menjual petrol baru RON95 pada harga runcit RM1.80 seliter, meningkat lima sen berbanding RM1.75 seliter ketika diperkenalkan 12 Mei lalu.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan petrol RON97 sebagai produk premium atau pilihan dengan harganya dinaikkan 25 sen daripada RM1.80 kepada RM2.05 seliter. …

Satu sahaja kesimpulan yang aku boleh buat. Aku terpaksa guna minyak yang lebih rendah kualitinya dengan harga yang sama. Pandai betul siapa yang buat strategi untuk kenaikan minyak kali ini. Maklumlah, dah pernah terkena. Kononnya dulu naik harga minyak sebab nak tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam. Padahal tak ada apa pun yang berubah. LRT tetap sama je panjangnya. Penumpang tetap terpaksa bersesak². Tak sabar rasanya nak tengok DRAMA MINYAK NAIK episod yang seterusnya. Tunggu…

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »