{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘Komunis’

AWAS MUSLIM MALAYSIA!!!

Posted by Rull on 03/09/2009

Orang-orang mereka ada di sini. Berhati-hati lah dengan siapa kamu bekerjasama! Jangan hairan kalau mereka tidak endah langsung dengan apa yang berlaku di Xinjiang.

Penduduk Uighur tidak digalak berpuasa

URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan notis tidak menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan.

Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang menempatkan penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa mereka tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadan.

“Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak berkuasa sebagai ‘sagu hati daripada kerajaan’ atau elaun sara hidup ditawarkan dalam jabatan dan syarikat tempatan.

“Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti siapa yang berpuasa,” kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Dunia Uighur kepada The Epoch Times.

Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang dipaksa menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau melaksanakan aktiviti agama lain. Mereka juga mengenakan dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan dengan hukuman.

Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli Parti Komunis bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat mereka untuk menggalakkan mereka tidak berpuasa. Pemilik restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan. Malah penduduk Uighur yang ditahan ketika rusuhan Julai lalu di Urumqi juga dilarang daripada berpuasa dan mereka yang berkeras akan dipaksa untuk menyuap makanan atau minuman, katanya dalam satu temubual.

Malah masjid juga dipaksa memberikan syarahan bahawa puasa adalah aktiviti feudal dan boleh menjejaskan kesihatan, kata Dilxat. Jika tidak sijil mereka akan ditarik balik.

Ditanya mengenai lawatan pemimpin Parti Komunis China, Hu Jintao ke Xinjiang baru-baru ini, Dilxat berkata: “Keadaan di Xinjiang belum pulih. Hu tidak meminta penduduk Han menghormati agama dan budaya penduduk Uighur tetapi menggalakkan penggunaan tentera untuk menekan dan mengenakan sekatan terhadap kebebasan agama.

Berita Harian 3 Sept 2009

Posted in Agama | Tagged: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »