{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘JAIS’

Di suatu pagi yang hening…

Posted by Rull on 04/11/2009

Pak Mat: assalamualaikum Ustaz.

Ustaz Mat: waalaikumussalam w.b.t, Pak Mat. Apa gerangan nak jumpa saya pagi-pagi ni?

Pak Mat: Begini Ustaz, saya nak ajak  Ustaz datang ke rumah saya malam ni. Nak buat solat Hajat sikit. Lepas tu, nak mintak Ustaz bagi tazkirah sikit. Maklumlah, kesibukkan kerja ni kadang2 buat kita tak sempat nak hadir untuk dengar tazkirah di Masjid.

Ustaz Mat: Oh macam tu. Kalau begitu, saya kira on saja. Nanti lepas maghrib saya sampai rumah Pak Mat. Bolehlah kita solat Isyak berjemaah nanti. InsyaAllah.

Pak Mat: Terima kasih, Ustaz. Kita jumpa malam ni ya. Assalamualaikum…

Ustaz Mat: Walaalaikumussaalam w.b.t.

Malam yang dinanti pun tiba. Ustaz Mat sampai 5 minit sebelum azan Isyak berkumandang. Apabila selesai azan, Ustaz Mat memimpin jemaah utk sama-sama bersolat Isyak. Seperti biasa Ustaz Mat mengalunkan bacaan dengan suara yang lunak semasa mengimamkan solat. Sehinggalah kepada berakhirnya solat Isyak tersebut. Tiba-tiba…

Pak Mat: Ustaz, kenapa diam membisu je? Kan ustaz dah janji nak bagi tazkirah malam ni.

Ustaz Mat: MasyaAllah. Maafkan ana Pak Mat, ana lupa nak mohon tauliah siang tadi. Daripada kita semua diangkut ke balai, baik ana diam membisu macam sekarang ni.

Kata Ustaz Mat sambil tersenyum kambing.

Pak Mat: ??? (Alahai Ustaz Mat)

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

JAKIM, YADIM, JAIS, ILIM, GPBKM…

Posted by Rull on 03/11/2009

Jakim, Yadim, Jais, Ilim, Gpbkm…apa tu? Biskut ke tu? Kenapa banyak sangat pertubuhan Islam dalam Malaysia ni? Islam agama rasmi tapi setiap negeri berpecah2. Yang politik tu politik lah, yang jenis pertubuhan, persatuan, beratus2 lagi. Katanya Islam ini menyatukan umat manusia. Tapi Islam kat Malaysia ni dihaprakkan oleh tangan berbau tahi yang mendakwa dirinya ulama atau apa yg persatuan peguam syarie dakwa sebagai ‘ulama arus perdana’. Apa yang aku nampak ulama yang hanyut dibawa arus ada lah. Dapat pangkat, buat duit semasa memegang jawatan ada lah.  APA SUMBANGAN PARTI, PERSATUAN² ini dalam menyatupadukan umat Islam di Malaysia? Kalau umat dah tak bersatu macammana nak wujudkan Daulah Islamiah? Tak faham.  Baik aku tumpukan daulah Islam dalam diri aku, keluarga, saudara mara daripada bercampur dengan ulamak2 tahi ni. Wallahua’lam.

Posted in Agama | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »