{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Posts Tagged ‘Asia Tenggara’

Sentimen anti-Malaysia di Indonesia angkara negara lain?

Posted by Rull on 15/09/2009

PETALING JAYA 14 Sept. – Dua pakar strategik dan ahli akademik Indonesia tidak menolak kemungkinan sentimen anti-Malaysia yang wujud di republik berkenaan baru-baru ini didalangi oleh negara lain.Setiausaha Agung Pusat Strategik Indonesia, Bagus Satriayanto dan Pensyarah Fakulti Kemanusiaan University of Indonesia, Dr. Yon Machmudi mendakwa ada negara lain yang tidak senang melihat keakraban hubungan Malaysia dan Indonesia sejak kebelakangan ini.

Bagus tidak menolak tanggapan bahawa negara yang mendalangi rasa kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia merupakan sebuah negara dari rantau Asia Tenggara sendiri.

”Malahan ada di kalangan kita sendiri yang tidak suka akan hubungan rapat Malaysia dan Indonesia.

”Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah masalah ini timbul ketika hubungan Malaysia dan Indonesia berada pada tahap terbaik dengan penubuhan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia-Indonesia dan pergerakan manusia yang aktif di antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar permuafakatan Indonesia-Malaysia di Hotel Saujana di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil daripada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia yang turut mengutuk sentimen kebencian terhadap Malaysia di negara mereka selain menyatakan komitmen untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

Selain Pusat Strategik Indonesia dan University of Indonesia, NGO Indonesia lain yang terlibat dalam sidang akhbar itu adalah Center for Indonesia Reform, Lembaga Persahabatan Malaysia-Indonesia dan Yayasan Generasi Baru Nusantara yang dianggotai oleh belia dari Malaysia dan Indonesia.

Yon pula mendakwa api kebencian terhadap Malaysia diwujudkan kerana berkemungkinan ada negara yang tidak senang melihat Malaysia dan Indonesia memilih untuk bekerjasama sesama sendiri dan bukannya dengan negara berkenaan.

-Utusan Malaysia 15/9/09

Komen: Jika benar dakwaan ini, aku rasa aku tahu negara mana yang dimaksudkan. Negara ini berkawan rapat dengan Israel dan sudah tentu strategi yang digunakan mirip Israel. Negara itu sudah tentu tidak mahu melihat Melayu Indonesia & Malaysia hidup sebagai satu rumpun. Mereka tahu Melayu terutamanya Islam tidak boleh dibenarkan bersatu.

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »