{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for the ‘Politik’ Category

13 Mei

Posted by Rull on 15/12/2009

Bila nak berulang ni? Nampaknya ada orang yang cari pasal sejak dua menjak ni. Yang BODOHnya, orang seagama & sebangsa aku sendiri. Rela berkawan dengan ‘orang luar’ drpd berbaik2 dengan sesama agama. Demi sokongan, agama entah ke mana. Ber’Title’ ulama, tapi sanggup doakan keburukan dan kebinasaan orang lain. Aku tidak menyokong mana² parti politik,  sebab bagi aku perjuangan parti-parti politik ini terlampau sempit.

Ada yang nak perjuangkan kaum Melayu, walhal bila diberi peluang, Melayu yang ditindas tetap tidak dibela. Ada pula yang nak perjuangan agama, tetapi hasilnya, keindahan Islam tidak ternampak di mata masyarakat. Yang ada, hanya perpecahan sesama Islam. Nafsu AMARAH melebihi segala²nya. Hanya kesalahan orang lain yang dicari tanpa peduli dengan kesilapan sendiri. MAKSUMKAH MEREKA???

Posted in Politik | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

Aku tak pernah jumpa…

Posted by Rull on 18/08/2009

  1. Tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w memboikot golongan yang tidak mahu bersama-sama dengan baginda.
  2. Tentang kisah Islam Palestin. Tak tahu pulak banyak jenis Islam atas muka bumi ini.
  3. Kisah Nabi berbaik-baik dengan golongan Kafirun semata-mata nak menentang golongan Munafik.
  4. Kisah Nabi memaki hamun orang lain di dalam Masjid. Lebih-lebih lagi orang yang dimaki itu juga mengucap 2 kalimah syahadah.
  5. Kisah Nabi memperjuangkan hukum hudud di dalam masyarakat baginda. Yang aku tau, baginda mentarbiyah masyarakat dan kemudiannya masyarakat dengan senang hati menerima hukum hudud.

Aku harap ada lah orang di dalam dunia ini yang  dapat menjawab persoalan aku ini dengan penuh ilmiah dan bukannya dengan dendam kesumat. Hantarlah komen kat blog aku ni. Aku hanya inginkan kebenaran supaya tidak menjadi orang yang mengikut membuta tuli. Wallahua’lam…

Posted in Politik | Tagged: , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Dahla PERAK woiii!!!

Posted by Rull on 13/05/2009

Bosan betul lah. Asyik-asyik berita pasal krisis politik di Perak. Belek-belek surat khabar asyik cerita pasal tu. Takde cerita lain ke???

Kalau yang nak jadi MB tu anak jantan, sokongla pembubaran DUN. Buat pilihanraya sekali lagi. Ini tidak, nak jadi ketua. Tapi BACOLL!!! Takkan orang Perak nak MB pondan jadi pemimpin mereka. Ingatlah pilhanraya ke 13 nanti, pandanglah ke hadapan wahai mereka yang bijaksana. Takde gunanye kalau ko dapat jadi MB sekarang tapi PRU13 nanti ko kecundang. LU PIKIRLAH SENDIRI!!!

Posted in Politik | Leave a Comment »

Pemimpin Pilihan

Posted by Rull on 25/04/2009

Jika umurku panjang, dan aku berkesempatan mengundi di Pilihanraya ke 13, aku akan memilih pemimpin yang berilmu, warak, jujur & amanah. Kerana apa semua ini penting? Penting kerana aku tidak mahu lagi melihat keputusan kerajaan yang jahil & tidak berfikir panjang. Lihat sahaja ini:

Pertukaran agama bukan alasan lepas diri daripada perkahwinan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

-dipetik dari Berita Harian

Kalau tidak kerana kejahilan dan enggan berbincang dengan ulamak sebelum membuat keputusan, sudah tentu keputusan sebegini tidak akan terhasil. Perkara hukum-hakam berkaitan agama sudah tentu tidak boleh sewenang-wenangnya ditentukan oleh umarak yang jahil. Kalau tidak tahu, eloklah bertanya, bukan terus umumkan kepada rakyat.

Aku tidak mahu generasiku di masa hadapan dipimpin oleh pemimpin yang tolol, gilakan kuasa, harta, minum arak dsb.

AMARAN: artikel ini bukanlah hasutan. Sekadar pendapat dari seorang warganegara Malaysia tercinta.

Posted in Harian, Politik | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.