{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for the ‘Hiburan’ Category

Bujang vs. Kahwin

Posted by Rull on 02/01/2010

Bestnya bujang bila…

  • bebas untuk ke mana-mana saja, tak ada halangan.
  • duit hanya untuk belanja diri sendiri.
  • masa yang ada bebas  untuk buat hal sendiri.
  • tak ada kampung nak balik, balik kampung sendiri je.
  • hanya perlu jumpa saudara-mara sendiri yang tak berapa ramai, tu pun sekali-sekala.

Tak bestnya bujang bila…

  • tak ada kawan nak ajak jalan-jalan
  • tak ada teman nak ajak pergi shopping.
  • kadang-kadang tension dengan kerja sendiri, tak orang nak ajak berbual.
  • tak ada kampung nak balik, maklumlah duduk dengan mak bapak.
  • saudara-mara plak yang lupa dengan kita, menyesal kita beria-ia ingat dengan saudara.

*************************************************************************************************

Bestnya kahwin bila…

  • Ada orang jaga makan dan minum.
  • Ada orang yang boleh layan bersembang.
  • selalu berdua bila nak ke mana-mana.
  • dapat mengembara ke kampung pasangan.
  • dapat saudara-mara baru.

Tak bestnya kahwin bila…

  • Makan sorang-sorang jugak macam orang bujang.
  • Tak dapat sembang sebab pasangan tak ada, keluar sebab kursus etc.
  • pasangan sendiri lupa nak ajak kita join sekali.
  • tak dapat sesuaikan diri dengan suasana kampung pasangan.
  • ramai sangat saudara-mara baru sampai tak ingat mana satu.

Posted in Hiburan | Leave a Comment »

Kalaulah aku Najib Tun Razak…

Posted by Rull on 15/12/2009

  1. Akan kusuruh isteriku bertudung, lebih manis dan berwibawa.
  2. Akan ku tubuh suruhanjaya mengkaji perlaksaan hukum hudud di Malaysia. Sangat relevan digunakan sekarang kerana kes-kes seperti ragut, rompak, rogol makin menjadi² sekarang.
  3. Akan kuberi Kelantan royalti minyak. Itu hak mereka. Lagipun Kelantan ramai orang Islam. Apa salahnya. Begitu juga Terengganu, lebuhraya diwujudkan, ekonomi dipertingkatkan.
  4. Akan ku henti daripada bersalam dengan wanita bukan muhrim. Cukup sekadar tunduk dan hormat kepada mereka. Kan bersentuhan bukan muhrim itu haram!
  5. Akan kutubuh Suruhanjaya Pendidikan Malaysia. Kaji semula tahap akademik di Malaysia. Terutama penilaian pelajar² yang layak ke universiti. Yang ada skrg, nampaknya tertumpu kepada kuota. Sudah sampai masanya kita fokus kepada kualiti. Sekarang bukan lagi zaman tok kadok atau tok janggut.
  6. Akan kujadi Imam bila berada di Masjid. Nama pun pemimpin. Akhirat dan duniawi mesti seiring.
  7. Akan ku arah menteri kewangan mengubah dasar perbelanjaan agensi kerajaan. Kalau duit tak habis di hujung tahun, sesebuah jabatan boleh bawa baki ke tahun hadapan dan bukannya buat aktiviti merapu di hujung tahun. Agensi/Jabatan paling berjimat tanpa menjejaskan produktiviti akan diberi anugerah khas Perdana Menteri.
  8. Akan ku arahkan menteri pendidikan mengkaji konsep paperless. Kurangkan penggunaan kertas di sekolah² dan institusi pendidikan. Cetakan yang kebanyakan tidak perlu hanya membazir duit rakyat yang membayar cukai.
  9. Akan ku arahkan Kementerian Teknologi dan Inovasi mengcungkil bakat² pencipta walaupun pencipta itu berada di hujung kampung. Contohi UK yang ramai lahirkan jutawan pencipta.
  10. Akan ku arahkan spy² untuk pantau ahli² UMNO yang makan duit haram. Bahagi² projek sesama sendiri. Tidak akan ada lagi istilah, “Asal jadi pemimpin UMNO, kaya rayalah jawabnya”. Akan ku contohi pemimpin² PAS yang kebanyakannya tidak pentingkan dunia. Setakat mana sangat kemewahan tu, bukan boleh bawak mati pun.
  11. Akan kuubah kursus BTN kepada Kursus Pengtarbiyahan Rakyat (KPR), modul²nya menekankan kepentingan agama dalam mengawal moral rakyat. Bukannya aktiviti² merapu macam kanak². We are adult, so act as adult.
  12. Akan kuarahkan SKMM sekat website² lucah daripada diakses rakyat Malaysia. CD lucah pun berlambak di pasaran. Mana tak bergelodak nafsu lelaki kat Malaysia. Last², kes rogol pun meningkat.
  13. Akan kujemput ulama² besar seluruh negara berkumpul untuk satukan umat Islam. Bukannya mengkondem satu sama lain. Hapuskan budaya ko semua salah, aku sahaja betul. Dalam Islam, ada adab tertentu untuk selesai pertelingkahan pendapat.
  14. Akan kuarahkan Menteri Pelajaran untuk wajibkan pelajar-pelajar khatam Al-Quran di sekolah. Tulisan jawi dipopularkan kembali. Silibus² Pendidikan Islam ditambahbaik dengan menekankan adab² yang ada dalam Islam.
  15. Akan ku selalu berjumpa Tok Guru Nik Aziz untuk belajar dan cari penyelesaian kepada masalah umat Islam di Malaysia pada masa kini.

**Walaupun kurang elok menggunakan perkataan ‘kalau’, tapi aku gunakan juga sebagai cara untuk aku meluahkan pendapat.

Posted in Hiburan | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments »

Aku Bukanlah Superman

Posted by Rull on 05/09/2009

Posted in Hiburan | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

Very Nice Lemonade Drink…

Posted by Rull on 19/07/2009

Posted in Hiburan | Leave a Comment »

Lirik Lagu: Dan Sebenarnya – Yuna

Posted by Rull on 24/06/2009

Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya kumengharapkan di sebalik senyuman itu
Kau juga menyintai aku
dum da..dum dum da..
dum da..dum dum da..
Kuenggan berpura pura kubahagia
Kuenggan melihat kau bersama si dia
Oh kuakui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih… bersemadi untukmu
Dan sebenarnya kumengharapkan di sebalik senyuman itu
Kau juga menyintai aku
Pabila kau merenung matanya
Kurebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti kubernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih… bersemadi untukmu
Dan sebenarnya kumengharapkan di sebalik senyuman itu
Kau juga menyintai aku..OH~
Dan sebenarnya…
Dan sebenarnya…
Aku rindu…
Dan sebenarnya…
Dan sebenarnya…
Aku tak mampu…
tanpamu…

Posted in Hiburan | Tagged: , , | Leave a Comment »

Yuna: Dan Sebenarnya…

Posted by Rull on 22/06/2009

Rupa-rupanya masih ade lagi muzik yang kreatif kat Malaysia ni.

AMARAN: Ini sekadar hiburan. Kalau melalaikan, maka HARAMlah ia.

Posted in Hiburan | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.