{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

About fAmZ

Aku dilahirkan untuk berfikir walaupun mungkin pemikiran aku tidak sama dengan orang lain. Aku hidup di dalam suasana masyarakat yang berpecah-belah walaupun pada zahirnya nampak bersatu. Setiap orang bebas memberikan pandangan tetapi dengan sifat merasakan diri sendiri sahaja yang betul menjadikan pandangan itu pandangan yang bongkak dan takabur. Dunia adalah satu persinggahan. Tidak wajar kita jadikan tempat persinggahan seperti rumah kita sendiri. Aku faham hidup ini ada pasang surutnya. Bukan mudah untuk menempuhinya. Ada masa segalanya nampak mudah, adakalanya jiwa ini berasa ada kekosongan yang perlu diisi. Aku, aku mencari keredhaan Ilahi. Mencari dan terus mencari, yang elok dikekalkan, yang hina ditinggalkan. Semoga persinggahan ini ditinggalkan dengan penuh persediaan dan bekalan agar diri tidak diseksa Empunya alam.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.