{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Treler makan orang!

Posted by Rull on 26/07/2009

Al-Fatihah buat 4 sekeluarga yang terkorban

Al-Fatihah buat 4 sekeluarga yang terkorban

Nahas sebegini sangat menakutkan. Sebuah kereta yang dipandu dengan berhati-hati tiba-tiba dirempuh sebuah treler yang dipandu laju. Dulu ada satu kejadian, treler  yang breknya tidak berfungsi merempuh  kereta sebuah keluarga di perhentian tol. Berlipat kereta dibuatnya. Pemandu, penumpang, tersepit dan tertindih antara satu sama lain. Sungguh tragis!

Treler oh treler! Treler tidaklah salah tetapi pemandunya yang kurang cerdik. Berapa ramai penunggang motorsikal yang mati dilenyek treler? Tentu ramai jika statistik dikeluarkan. Kalaulah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) membuat kajian tentang nahas membabitkan lori/kenderaan berat, tentu sahaja ada penemuan yang mengejutkan. Mana tidaknya, nahas lori terutama yang membabitkan treler selalu melibatkan mangsa yang tidak bersalah. Mangsa mungkin sudah berhati-hati tahap optimun, tetapi akhirnya berakhir dengan mangsa dihimpit, digilis atau dilenyek treler. Mengerikan!

Suatu hari, ketika hendak melintas jalan, aku pernah terlihat sebuah treler yang dipandu terlampau laju. Sebuah treler tanpa muatan. Kelajuannya seolah-seolah sebuah Boeing 747 yang hendak berlepas. Memang nampak seolah-olah si pemandu melepaskan gian memandu laju lantaran sebelum ini dia dikekang dengan muatan yang melampau. Bila terlalu laju, sebuah kenderaan berat tentu mengambil masa yang lama untuk berhenti sepenuhnya. Akhirnya, kereta sekeluarga di hadapan terpaksa disondol. Pemandu treler sudah tentu mengutamakan nyawanya sendiri terlebih dahulu. Biarlah orang lain mati, asal dia selamat. Kejam betul!

Kadangkala ada juga pemandu treler yang berhenti terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Naik seriau bila tengok lori besar di belakang melalui cermin belakang. Soalnya di sini, adakah pemandu-pemandu yang memandu treler terlalu tolol sehingga tidak menghiraukan keselamatan orang lain? Penguatkuasa mungkin ‘terlepas pandang’ dengan gelagat pemandu treler ni. Ada pemandu yang baik tetapi tidak kurang juga yang bangang bila memandu. Dahla besar. Diacah-acahnya pula yang kecil. Harap JKJR dapatlah buat kajian tentang nahas membabitkan treler ini. Aku tak sampai hati bila membayangkan saat-saat terakhir 4 sekeluarga maut dirempuh treler di Kulai Jaya, Johor. Al-fatihah.

Updates: MARAN 26 Julai – Tidak sampai 24 jam kemalangan maut yang mengorbankan lima orang termasuk empat beranak di Kulaijaya, Johor, hari ini lima beranak pula terkorban di Jalan Maran-Kuantan.

Lebih menyedihkan, kedua-dua kemalangan itu bukan berpunca daripada kesalahan mangsa tetapi kenderaan lain yang dipercayai dipandu laju.

Dalam kejadian di Maran itu, lima beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah lori kontena.

-Utusan Malaysia.

Kesimpulan: Driver treler semakin bodoh dari hari ke hari!

Leave a comment