{fAmZ();}

Dunia satu persinggahan…

Archive for July, 2009

Treler makan orang!

Posted by Rull on 26/07/2009

Al-Fatihah buat 4 sekeluarga yang terkorban

Al-Fatihah buat 4 sekeluarga yang terkorban

Nahas sebegini sangat menakutkan. Sebuah kereta yang dipandu dengan berhati-hati tiba-tiba dirempuh sebuah treler yang dipandu laju. Dulu ada satu kejadian, treler  yang breknya tidak berfungsi merempuh  kereta sebuah keluarga di perhentian tol. Berlipat kereta dibuatnya. Pemandu, penumpang, tersepit dan tertindih antara satu sama lain. Sungguh tragis!

Treler oh treler! Treler tidaklah salah tetapi pemandunya yang kurang cerdik. Berapa ramai penunggang motorsikal yang mati dilenyek treler? Tentu ramai jika statistik dikeluarkan. Kalaulah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) membuat kajian tentang nahas membabitkan lori/kenderaan berat, tentu sahaja ada penemuan yang mengejutkan. Mana tidaknya, nahas lori terutama yang membabitkan treler selalu melibatkan mangsa yang tidak bersalah. Mangsa mungkin sudah berhati-hati tahap optimun, tetapi akhirnya berakhir dengan mangsa dihimpit, digilis atau dilenyek treler. Mengerikan!

Suatu hari, ketika hendak melintas jalan, aku pernah terlihat sebuah treler yang dipandu terlampau laju. Sebuah treler tanpa muatan. Kelajuannya seolah-seolah sebuah Boeing 747 yang hendak berlepas. Memang nampak seolah-olah si pemandu melepaskan gian memandu laju lantaran sebelum ini dia dikekang dengan muatan yang melampau. Bila terlalu laju, sebuah kenderaan berat tentu mengambil masa yang lama untuk berhenti sepenuhnya. Akhirnya, kereta sekeluarga di hadapan terpaksa disondol. Pemandu treler sudah tentu mengutamakan nyawanya sendiri terlebih dahulu. Biarlah orang lain mati, asal dia selamat. Kejam betul!

Kadangkala ada juga pemandu treler yang berhenti terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan. Naik seriau bila tengok lori besar di belakang melalui cermin belakang. Soalnya di sini, adakah pemandu-pemandu yang memandu treler terlalu tolol sehingga tidak menghiraukan keselamatan orang lain? Penguatkuasa mungkin ‘terlepas pandang’ dengan gelagat pemandu treler ni. Ada pemandu yang baik tetapi tidak kurang juga yang bangang bila memandu. Dahla besar. Diacah-acahnya pula yang kecil. Harap JKJR dapatlah buat kajian tentang nahas membabitkan treler ini. Aku tak sampai hati bila membayangkan saat-saat terakhir 4 sekeluarga maut dirempuh treler di Kulai Jaya, Johor. Al-fatihah.

Updates: MARAN 26 Julai – Tidak sampai 24 jam kemalangan maut yang mengorbankan lima orang termasuk empat beranak di Kulaijaya, Johor, hari ini lima beranak pula terkorban di Jalan Maran-Kuantan.

Lebih menyedihkan, kedua-dua kemalangan itu bukan berpunca daripada kesalahan mangsa tetapi kenderaan lain yang dipercayai dipandu laju.

Dalam kejadian di Maran itu, lima beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah lori kontena.

-Utusan Malaysia.

Kesimpulan: Driver treler semakin bodoh dari hari ke hari!

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Very Nice Lemonade Drink…

Posted by Rull on 19/07/2009

Posted in Hiburan | Leave a Comment »

Black Mentor 3

Posted by Rull on 13/07/2009

Black oh Black!

Black oh Black!

Seorang makcik bersama anak perempuan kelihatan begitu seronok menonton final Mentor 3 TV3. “Black! Black! Black!”. Begitulah teriakan seorang makcik yang bergelar Hajjah dengan penuh bersemangat sekali. Beliau nampaknya mahu sangat si Black bergelar juara. Pada malam itu, persembahan Black dikatakan penuh bertenaga berbanding Chaq & Fira. Maka tidak hairanlan, keputusan akhirnya memihak kepada Black dan melayakkan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM100K beserta sebuah kereta Kia Spectra. Tahniah Black! (Orang lain kerja makan gaji 10 tahun belum tentu dapat RM100K tu. :D )

Reaksi Black yang pertama adalah dengan memeluk mentornya, Mas Idayu. “Wow, beruntung ko dik!”. Terdengar suara-suara sinis.  Halal haram nampak menjadi sudah tidak penting ketika itu. “Alah, Black tu sebaya anak Mas Idayu lah, apa salahnya!”. Ewah, kalau macam tu, lelaki² muda peluklah datin² atau makcik² sebaya mak korang.

Aku terfikir bagaimana kiranya aku ada seorang anak yang mempunyai nenek & mak saudara persis makcik dengan anaknya yang menonton Mentor 3 tu. Anak aku tentunya akan terbiasa dengan suasana yang ada. Lelaki memeluk perempuan bukan muhrim, pemuda-pemudi terlalak sana, terlalak  sini. Tiada apa yang salah pada mata majoriti masyarakat Malaysia. Sedangkan pada hakikatnya, banyak hukum Tuhan yang dah dilanggar tanpa disedari. Hiburan menduduki tangga teratas dalam hati dan sanubari masyarakat Malaysia. Sekiranya hiburan dan didikan agama seimbang tidaklah terlalu menjadi isu, tetapi suasana sekarang ternyata tidak seimbang. Hiburan melampau²!!!

Stesen TV berlumba² mengadakan pertandingan menyanyi. Kalau hasilnya dapat mendidik masyarakat tak mengapalah. Ini apa yang nampak hanyalah orang² muda terkinja² dengan tidak ketinggalan juga makcik pakcik yang menari-nari, over-excited. Apa lah nak jadi dengan generasi aku yang akan datang. Adakah mereka hanya mampu menyanyi, menari, berjoget, sedangkan bangsa lain dah sampai ke bulan. Pada masa itu, agak-agak siapakah yang merempat? Bangsa aku ataupun bangsa yang satu lagi tu. wallahua’lam…

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Definisi Kejayaan

Posted by Rull on 12/07/2009

Kejayaan mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap orang. Yang paling popular tentang kejayaan ialah apabila seseorang berjaya untuk bergelar sebagai orang kaya atau jutawan. Jika ini menjadi tanda aras bagi kejayaan, nampaknya di dalam masyarakat kita, pasti ramai orang gagal daripada yang berjaya. Tambahan pula bagi golongan sederhana daripada segi harta, adalah tidak munasabah untuk meletakkan mereka sebagai orang yang tidak mencapai apa-apa lantaran mereka tidak berada di dalam kelompok kaya atau miskin.

Baru-baru ini di dalam rancangan ‘Apa ke halnya’ di TV9 ada dibincangkan tentang definisi kejayaan. Rancangan ini dihoskan oleh Mr. Os & Shamsul Ghau Ghau. Pandangan tentang kejayaan yang diberikan oleh tetamu jemputan, Farah Adeeba (peguam & pengacara TV9) sangat bernas apabila beliau mendefinisikan kejayaan dalam skop yang luas. Beliau menyatakan kejayaan tidak sepatutnya diukur daripada segi harta atau sijil akademik semata-mata, tetapi kejayaan juga boleh diukur berdasarkan kepada kemampuan seseorang memperbaiki dan memajukan diri.

Suatu ketika dahulu, aku pernah berbual dengan seorang Professor yang pernah berada di UK dalam satu jangkasamasa yang agak lama. Beliau menyatakan sistem persekolahan di sana lebih mementingkan pencapaian peribadi pelajar berbanding pencapaian secara keseluruhannya. Misalnya, seseorang pelajar yang cemerlang bagi 5 subjek di dalam kelas, akan diberikan 5 sijil pencapaian cemerlang. Jika hanya cemerlang dalam 1 subjek, maka 1 sahajalah sijil yang mereka dapat. Pelajar tidak diletakkan mengikut ranking² tertentu sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dengan demikian, para pelajar tidak akan berasa tertekan untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Mereka akan menjadikan diri mereka sendiri sebagai saingan sebenar dan bukannya orang lain. Inilah realiti kehidupan, kita bersaing dengan nafsu di dalam diri sendiri. Sekiranya kita berjaya menyaingi nafsu malas berusaha, sudah tentu kita pun akan berjaya sebagaimana orang lain. Menjadikan orang lain sebagai saingan, hanya menebalkan sifat hasad dengki di dalam diri. Nauzubillahiminzaalik…

Bagi seorang hamba Allah, definisi kejayaan sangatlah luas sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah Al-Mu’minun (Surah ke 23):

  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  7. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
  8. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  9. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
  10. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Terjemahan dipetik daripada http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

MasyaAllah, tidak ada satu pun ayat yang menyatakan, duit paling banyak atau sijil akademik paling tinggi yang melayakkan seseorang bergelar insan berjaya. Cukuplah dengan apa yang dinyatakan di dalam ayat² di atas. Bila direnungkan kembali, sememangnya aku belum layak digelar insan yang berjaya. Masih banyak yang perlu diperbaiki baik dari segi urusan duniawi mahupun ukrawi. Dan begitu juga pandangan aku sebelum ini yang melihat harta sebagai ukuran kejayaan ternyata tidak boleh diterimapakai sama sekali. Sasaran kononnya untuk meletakkan nama di dalam senarai terkaya Majalah Forbes ternyata tidak mempunyai apa² nilai dari sudut pandangan Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermaksud orang Islam tidak perlu mengejar kekayaan tetapi biarlah ia berpada-pada dan bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk semata-mata. Tidak perlulah berlagak dengan kereta mewah, bila pandu, tingkap dibuka dan hembus asap rokok keluar. Terserlah keegoan di wajah yang sombong itu. Wallahua’lam…

Posted in Harian, Peribadi | Tagged: , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »

Opps…! Obama, what are you looking at??!

Posted by Rull on 12/07/2009

Look! Something on the butt!!!

Look! Something on the butt!!!

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , | Leave a Comment »

Al-Fatihah for Michael Jackson (Mikaeel)

Posted by Rull on 08/07/2009

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

No return for Chin Peng. Why..?

Posted by Rull on 06/07/2009

Former Communist Leader in Malaysia

Former Communist Leader in Malaysia

  1. He was the communist leader in Malaysia.
  2. He is a dangerous and cruel person.
  3. Malaysia will never ever allow communist to come again. (but their products are allowed ;) ). Many items in shop in Malaysia are made in China.
  4. Many Malaysian fighters were killed by the communists and some of them become disabled.
  5. Communist did not fight for independent but they fight for their ideology.
  6. We Malaysian can forgive but cannot forget!
  7. OK. Let’s get Chin Peng come back! But…Put him JAIL! Cut off both of his legs. Re-pay everything he had done before.

Posted in Isu Semasa | Tagged: , , , , , , , , , | 2 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.